Sunday, 11 January 2015
Assalamualaikum *bows*

Hari pertama apa? Hari pertama sekolah lah. Jangan muncul diotak kalian yang bukan bukan okay :p So, sekolah akan bermula esok. Apa feeling korang? Ada tak rasa mau bom itu sekolah? Ada tak rasa mau lari dari rumah? Ada tak rasa mau bakar itu buku buku sekolah? Kalau ada, alhamdulillah anda normal :p Berangan ja boleh. Jangan dibuat, kalau tak naya kau. Muahaha *gelak jahat*

Aku? Eksaited ada, malas pun ada. Eksaited sebab dah bosan terperuk dalam rumah, eksaited mau jumpa geng aku, eksaited mau belajar kay aku tipu. Aku malas se-malas malasnya bab belajar ni. Otak aku memang lembab se-lembab lembabnya.

Aku kalau nak belajar, kena tengok mood, kena tengok siapa yang mengajar, kena tengok suasana. Kalau mood tak kena, apa yang aku belajar tak akan masuk otak punya. Kalau cikgu yang mengajar tu tak syok, serius sangat, banyak menulis di papan tulis daripada bercakap, memang tak kemana apa yang di ajar tu. Tambah tambah lagi kalau suasana bising, k aku tak tau nak cakap apa.

Cikgu. Peranan cikgu untuk murid yang sejenis macam aku memang besar. Bukan mahu perlekehkan mana mana cikgu, tapi jadi seorang cikgu tanggungjawab dia besar. Bukan sekadar makan gaji buta. Cara pengajaran kena betul. Kena pandai tarik perhatian murid. Baru murid suka, baru murid ada hati buat kerja rumah dengan ikhlas. Jangan lah asyik menulis dekat papan tulis, murid cuma akan salin dan ilmu tu tertinggal dalam buku. Jangan serius sangat, murid akan takut. Tapi kalau terlalu baik pun payah juga. Biarlah seimbang.

Kalau suruh murid buat nota, syarat dia jangan banyak sangat. Sedia ruang di bahagian kanan ke, nota mesti dalam bentuk peta minda ke, semua tu cuma menyusahkan murid dan hanya cikgu yang berpuas hati. Nota bagilah murid rangka sendiri, yang penting lengkap. Aku bukan apa, ni semua pengalaman aku. Akhirnya, memang aku tak dapat score subjek tu.

Tapi, tak semua seratus peratus dengan cikgu. Terserah dengan diri sendiri keinginan belajar tu ada ke idok.

That's all, Till we meet again. Goodbye!



Flomo Heuer