Saturday, 28 February 2015
Assalamualaikum
Post ni sebenarnya draft, cuma tak sempat publish sebab tertidur. Aku nak minta tolong, bila dah habis baca, mohon sedekahkan Al-Fatihah.
27.02.2015
Assalamualaikum.
Harini,
aku menangis lagi. Allah, aku perempuan yang lemah.
Aku cerita peristiwa hitam
tu dengan tasha dan maya.
Aku ingat aku kuat. Aku ingat aku dah tak nangis bila
dengar atau sebut nama dia.
Tipulah kalau aku kata aku tak rindu arwah.
Aku
cuba control riak muka aku, walaupun sebenarnya aku marah dengan diri aku
sendiri. Tapi aku gagal, aku nangis sepuas-puasnya.
Dah lama aku tak nangis
pasal arwah macam tu. Last, masa form 1.
Aku minta maaf, Adam. Aku tak boleh
kawal.
Orang
kata, hidup aku macam drama-drama melayu, atau novel.
Memang betul pun. Apa
boleh buat, memang aku ditakdirkan untuk jadi macam ni.
Tapi bukan senang,
bukan mudah aku lalui semua benda ni.
Arwah tinggalkan aku masa aku darjah 6.
Aku masih mentah. Susah, sangat susah.
Arwah jadi orang yang paling rapat
dengan aku masa aku darjah tiga. Arwah selalu datang rumah dengan adik
(keluarga arwah dan aku tinggal setaman) bila cuti. Kita main warna-warna,
arwah tolong buatkan eksperimen litar elektrik, arwah tolong buatkan eksperimen
biji kacang hijau.
Tapi tahun yang seterusnya, arwah pindah rumah.
Tak bagitau
aku pun. Sedih.
Aku dan arwah lost contact.
Aku ingat lagi.
Malam jumaat, ya
Arwah meninggal dunia pada hari jumaat.
Malam tu, ada orang call. Adik sambut,
tapi adik kata ada makcik tu nak cakap dengan aku.
Makcik tu kenalkan diri
sebagai Mak Arwah. Makcik bawa aku bual-bual.
Dan beberapa ayat tu, “Iman, Adam dah
tak ada. Adam dah meninggal. Iman datang sekarang ya? Dekat rumah. Sebab takut
tak sempat, esok dah nak dikebumikan.”
Aku tak tunggu apa apa lagi, letak
ganggang telefon tu.
Aku menangis.
Malam
tu juga aku suruh Abah bawa aku pergi rumah Arwah.
Aku lari masuk rumah Arwah,
aku duduk tepi Arwah dan nangis.
Badan aku menggigil, menahan perasaan.
Badan aku menggigil, menahan perasaan.
Bibir aku tak lepas dari cakap “Kenapa kau
tinggalkan aku? Kau tak sayang aku ka?”
Aku ingat lagi macam mana sayunya semua
orang yang ada dalam rumah tu pandang aku, tapi aku tak peduli.
Aku tertidur dekat
rumah Arwah.
Mungkin sebab penat, penat menangis.
Arwah
meninggal sebab penyakit jantung. Tapi sebab sebenarnya, memang dah ajal dia.
Mak Arwah cerita, Arwah selalu cakap pasal aku.
Mak Arwah kata, Arwah pesan
bila dia dah takda, jangan kebumikan dia selagi aku tak datang jumpa Arwah.
Allah.
Aku
bertuah sebab masa tu dah habis ambil UPSR, cuma tunggu keluar result.
Sekurang-kurangnya aku tak perlu sambung nangis dekat sekolah.
Farah
tanya “Kau masih sayang dia?”
Aku tak jawab, bagi aku soalan tu agak bodoh.
Gila aku tak sayang dia? Malah aku lagi sayang dia dari kawan yang aku ada
sekarang.
Arwah
merupakan sahabat aku, sahabat kamcing. Sahabat dunia akhirat.
Sampai sekarang,
aku belum jumpa orang yang ikhlas berkawan dengan aku macam arwah, atau lebih
tepat lagi, aku kaburkan mata aku sendiri.
Aku degil. Mungkin aku belum terima
hakikat.
Aku perlu belajar untuk redha.
Buat
Arwah, aku minta maaf sebab banyak susahkan kau sepanjang aku jadi ‘kawan’ kau.
Kau cuma perlu tahu aku takkan lupakan kau.
Aku sayang kau.
Aku minta maaf juga
kalau aku banyak siksa kau dekat ‘sana’ dengan menangis, aku tak boleh Adam.
Aku tak kuat.
Aku susah nak kawal diri aku bila sebut nama kau.
Aku susah nak
kawal diri aku untuk tak menangis.
Semoga kau tenang dekat sana.
Semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,
Semoga kau tenang dekat sana.
Semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,
Al-Fatihah.

