Sunday, 29 March 2015
Assalamualaikum.Sebenarnya, tak ada mood pun nak update blog. Cuma tak sanggup biarkan blog ni tak berpenghuni,
Cerita 1
Ujian pertengahan semester dah lepas. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan baik. Tak ada meniru, dan taknak meniru dah mulai tahun ni. Ya, buat apa markah paling tinggi tapi hasil daripada meniru? Aku nak ambil berkat ilmu yang cikgu ajar.
Dan keputusan dah keluaq. Aku dapat 3A 4B 1C, Alhamdulillah, meningkat dari tahun lepas. Tak meniru ni, aku rasa tenang ja bila dapat result. Tak ada serabut semua. Redha ja. Even cikgu nak semak balik paper BM aku yang dapat C tu pun, aku tak nak. Biarlah, aku dah puas.
Ummi dengan abah pun banyak bagi semangat. Terima kasih, Ummi, Abah.
Cerita 2
Aku dah start pakai spek mata aku balik, sebab susah nak nampak papan tulis. Silau. Sebelum ni, aku malaih nak pakai sebab malas nak bawa pergi sekolah. Padahal, bukannya berat pun. Satu jari ja boleh angkat. Ok, ini aku tipu. Dan minggu lalu, zaty takdak. Dia pergi main hoki, seminggu. So, aku duduk tempat dia, sebelah eyrek. And, eyrek pun mula pakai spek mata. So, classmates called us kembar. Tak hairan pun, sebab tinggi lebih kurang sama je. Im going to miss that moment bila duduk sebelah eyrek, haha.
Cerita 3
Aku akan ikut perkhemahan PKBM (L), minggu depan! Wooo, and the best part is, eyrek pun pergi juga. Jadi minggu lalu, kitorang dah senarai barang-barang yang nak kena bawa masa cikgu mengajar. Tolong jangan tiru aksi ini. Kitorang beli barang awal, sebelum GST haha.
Cerita 4
Jumaat, minggu lalu. Mood aku tak kena. Entah, rasa nak marah je. Malam sebelum tu, aku nangis. Sebab Arwah, lagi sekali. Hm, bilalah aku nak buat Arwah tenang dekat sana kan? Then, jumaat tu, aku pergi beli makanan dekat kantin. Tiba-tiba, aku terdengar orang panggil nama Arwah. Aku menoleh. Aku harap yang dipanggil tu, Arwah. Tapi aku tak pikiaq, Arwah dah takdak. Nampak sangat aku masih belum redha. Kena cubalah. Apalah aku ni.
-Tamat, Random Stories 1-

